Wednesday, April 29, 2009

67 Hari

Sedar tak sedar dah 67 hari usia pokok pokok cili kami.Ada di antaranya yang telah mengeluarkan buah terutama variati 469.

Variati 469 lebih awal mengeluarkan buah. Ini bertepatan dengan pendapat dari seorang pakar Fertigasi dari MARDI yang menyatakan bahawa variati 469 akan mengeluarkan hasil sebulan lebih awal dari variati 568.

alhamdulillah

469


Walau bagaimana pun kuantiti buah untuk setiap pokok belum mencapai tahap yang kami inginkan. Mungkin ini adalah disebabkan faktor baja yang sedikit cair kami bekalkan untuk pokok (tujuan nak berjimat) dan hujan yang kerap pada bulan Mac dan April itu hari juga adalah salah satu faktor di mana air hujan telah meneutralkan kandungan nutrien dan tidak dapat dibekalkan kepada pokok. Ini akan menyebabkan pokok tidak dapat menghasilkan buah yang lebat. Kepekatan baja yang sesuai dan ditentukan bacaannya dengan menggunakan EC meter amat penting. Ini kerana ia akan mempengaruhi kuantiti yang dikeluarkan oleh setiap pokok. Pokok yang sihat dan subur berupaya menghasilkan 3-4 kg buah cili semusim.




Insyaallah dalam masa 2 minggu lagi Kobun Manah sudah boleh mengeluarkan hasil yang pertama....

0 comments: