Thursday, April 16, 2009

Banjir

13/3/2009 - Hujan lebat dan disambung pula dengan renyai selama dua hari mengakibat banjir berlaku di kampung dan yang lebih membimbangkan adalah kedudukan lokasi Kobun Manah yang begitu hampir dengan kawasan yang banjir. Banjir terjadi apabila sungai yang cuma sejauh 50 meter dari Kobun Manah melimpah kerana saiz pembetung air yang merentasi jalanraya tidak dapat menampung kapasiti air yang banyak.

Melimpah.
Air sungai melimpah ke jalanraya, jalan tidak boleh digunakan kerana air dalam dan deras.

Traffic jam!!
Jalan utama kampung.....air mula surut di sebelah petang.

Time ni kami mula resah,air semakin menghampiri kobun.
Nasib agak baik kerana air cuma sampai setakat tepi pagar.
Alhamdulillah...hujan berhenti tengahari tu.

Sikit jer lagi...
Longkang di keliling kebun dan tebing pada pagar yang agak tinggi menyelamatkan keadaan kerana dapat menghalang air dari masuk ke kebun. Sebelum ini kawasan ini memang rendah dan berlekuk. Semasa kerja-kerja tanah dijalankan, kami telah menambak bahagian ini dan meninggikan sedikit tebing pagar. Kami juga membersihkan serta menyelenggara semula longkang sedia ada.


Bertakung..
Air bertakung di kawasan rendah, nasib baik anak pokok belum dipindahkan ke dalam polybag. Sebelum hujan kami cuma sempat untuk memindahkan sebahagian sahaja anak pokok.
Silvershine yang menakung air ditebuk dengan lubang kecil untuk mempercepatkan air di serap ke tanah.


Alhamdulillah.... Kobun Manah selamat dalam kejadian banjir ni. Tiada sebarang kerosakan yang berlaku. Namun tindakan dan langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelakkan sebarang kerosakan yang boleh merugikan sekiranya berlaku lagi kejadian yang sama.

Kami difahamkan ramai pengusaha tanaman terbabit dalam kejadian banjir di beberapa tempat sekitar N.sembilan ini. Ada juga di antara mereka hanya menunggu masa untuk memungut hasil. Mereka terpaksa menanggung kerugian akibat dari bencana alam ini dan bagi kami di Kobun Manah teramat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana terselamat.

0 comments: