Wednesday, April 1, 2009

Penyediaan Tapak

Tapak yang digunakan sekarang adalah lot tanah rezab Felda, dahulu telah diusahakan oleh orang lain untuk tanaman kontan, tapi tidak menjadi kerana tanah tersebut adalah dari jenis tanah kapur, sukar untuk tanaman hidup jika tidak dirawat terlebih dahulu

Peringkat awal adalah mengenal pasti kawasan yang hendak dijadikan tapak, setelah mengenal pasti kawasan yang baik (berdekatan dengan sumber air dan elektrik) maka perbincangan dilakukan dengan pengusaha sebelumnya diikuti dengan permohonan serta pertemuan dengan Pengurusan Felda.. alhamdulillah kami mendapat kebenaran untuk mengusahakan tanah tersebut, malahan pengurusan Felda tempat kami amat menggalakan dan memberi sepenuh sokongan atas projek ini.. kebetulan Felda sekarang sedang giat mempromosikan Edible Garden di seluruh Felda.

Setelah persetujuan dicapai, kerja-kerja penyediaan dan meratakan tapak dilakukan, struktur bentuk asal tanah yang sedikit berbukit, berlekuk dan tidak rata menyebabkan kami terpaksa mengeluarkan lebih perbelanjaan untuk menyewa Backhoe untuk merubah struktur bentuk kawasan ini.. 4 hari diperlukan untuk kerja kerja memotong bukit, mengambus dan meratakan tanah.

Sistem Fertigasi sebaiknya dilakukan di atas tapak yang rata. antara kelebihanya yang kami temui adalah:

1. Tekanan untuk pengairan lebih stabil
2. Memudahkan pemasangan Silvershine
3. Mudah untuk penyusunan Polybag
4. Memudahkan kerja kerja penyelenggaraan.

Seterusnya adalah kerja kerja pemasangan pagar, pagar dawai yang sedia ada diperbaiki semula,untuk menjimatkan kos, kami hanya menggunakan Blackshade dan kayu hutan untuk di jadikan pagar (ok la..jimat giler) lagipun di keliling kawasan telah digali dengan longkang sebelum ini oleh pengurusan Felda,ini dapat mengelakan haiwan dari mencerobohi kawasan.

Tapak kawasan siap sepenuhnya pada 28/1/2009.

0 comments: