Wednesday, April 15, 2009

Pindah Anak Pokok

Dah "Cukup Bulan" !!..
Anak pokok berumur 23 hari, tumbuh 6 helai daun, sudah sedia untuk dipindahkan ke dalam polybag.
Terdapat pelbagai pendapat mengenai tempoh pindah anak pokok ini. Dari pengalaman beberapa orang pengusaha berjaya yang saya temui, ada yang mengatakan tempoh peralihan adalah dalam jangkamasa 25 hingga ke 30 hari, ada juga mengatakan anak pokok boleh dipindah dalam tempoh 3 minggu, ini berdasarkan pengalaman mereka yang terbabit dalam pertanian Fertigasi ini.
Pada pemerhatian kami tempoh pemindahan ini bergantung pada variati benih yang digunakan dan cara penjagaanya dilakukan. Dalam 2 variati yang digunakan, kami dapati variati 469 lebih cepat pertumbuhannya berbanding variati 568. Perbezaan tahap tumbesaran kedua-dua variati ini amat ketara.


Tranformasi
Kerja mengeluarkan anak pokok dari seeding tray perlu dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan akar pokok terputus. Kecederaan pada akar boleh mengakibatkan renjatan pada tumbesaran pokok dan juga boleh menyebabkan anak pokok mati.
Anak pokok dikeluarkan dari seeding tray dengan cara memicit bahagian bawah tray tersebut dan menarik anak pokok keluar secara perlahan2.

Bismillahirohmanirohim...."Ya Allah berkatilah usaha kami".

Anak pokok ditanam ke dalam polybag. Digalakkan media dibilas dengan air dan semburan larutan anti kulat diberi 2-3 hari sebelum pemindahan dilakukan.

Moga hidup subur..

Talian hayat !!

Microtube dan dripper dicucuk ke dalam polybag untuk proses penitisan nutrien dan air pada akar pokok. Elakkan dari mencucuk dripper terlalu rapat dengan pangkal pokok kerana ia boleh mencederakan akar dan juga merebahkan anak pokok. Jarak yang disyorkan ialah antara 1-2 inci dari pangkal .

0 comments: