Sunday, April 5, 2009

Semaian Benih

Semaian benih telah dilakukan pada 19/3/2009. Terdapat 2 jenis varieti yang kami semai iaitu hybrid 568 dan hybrid 469, ini adalah bagi tujuan R&D kami dalam mengenal jenis jenis varieti pokok dan petumbuhannya.

Proses semaian dimulakan dengan merendam biji biji benih ke dalam campuran larutan Atonik(penggalak percambahan biji benih) dan Previciuer N (anti kulat) dan dibiarkan semalaman. Seterusnya biji biji benih tersebut ditoskan keesokan harinya dan dikeringkan dengan memasukan biji biji tersebut ke dalam kertas (surat khabar pun boleh di gunakan).

Sementara itu tray semaian diisikan dengan peatmoss ( tanah semaian), tips:pilih peatmoss yang mempunyai kadar kelembaban yang tinggi.

Biji biji benih kemudiannya disemai pada tray pada tiap lubang dengan satu biji benih. setelah habis, tray yang berisi biji benih dimasukkan kedalam plastik hitam (plastik sampah pun boleh) dan disimpan selama lima hari. sepanjang waktu itu benih mesti dibasahkan dengan air setiap hari (gunakan spray).

Selepas lima hari benih benih tersebut dikeluarkan dari plastik dan disimpan di dalam rumah semaian dan disiram setiap hari. Benih cili mengambil masa lebih kurang 25 hingga 30 hari sebelum dipindahkan ke dalam polybag.

Dalam pemerhatian kami, benih dari varieti 568 lebih cepat pecah tunas berbanding dengan 469, namun kadar tumbesaran 469 lebih cepat berbanding dengan 568 selepas pecah tunas. anak pokok 469 lebih tinggi dan meliuk sedikit daripada 568 yang pendek sedikit dan lebih tegap.

Benih benih di dalam tray perlu direndam dengan larutan nutrien (celup bahagian bawah tray) setiap hari selepas 1 minggu, ini kerana kandungan nutrien di dalam peatmoss akan berkurangan selepas tempoh itu.

Perancangan yang betul harus dibuat bagi memastikan anak-anak pokok dapat dialihkan mengikut tempohnya.. ini bermakna benih disemai setelah kerja kerja tapak telah siap dilakukan.. kelewatan mengalihkan anak pokok akan menyebabkan pertumbuhan pokok menjadi terencat. sementara menanti anak benih tumbuh kerja kerja menyusun polybag ke dalam barisan boleh dilakukan, begitu juga dengan pemasangan sistem pengairan. perancangan yang sempurna boleh memudahkan kerja dan tidak terlalu tergesa gesa.



0 comments: