Monday, June 15, 2009

Pasaran cili - harga jatuh

Sekarang ni pasaran untuk cili agak terjejas,harga jatuh hingga ada pengusaha yang mengeluh dan runsing akibat dari situasi ini..pelbagai alasan dan sebab yang sering didengari mengenai perkara ini..pelbagai teori dan telahan yang diperkatakan.

Ada sahabat yang memberitahu harga jatuh sehingga RM1.50 - 2.00/kg di peringkat pasar pasar borong, ianya di bawah RM3.80 iaitu kos pengeluaran untuk penjagaan sebatang pokok,pada peringkat pasar pasar kecil masih lagi boleh di jual dengan harga RM3.00 - 4.00/kg dan untuk pengguna atau runcit cili dijual dengan harga RM5.00 -6.00/kg.. beberapa tinjauan yang kami lakukan terdapat penjual di pasar pasar kecil dan kedai runcit menjual dengan harga RM 7.00 - 8.00/kg kepada pengguna.

Dalam hal ini pengusaha perlu bijak untuk memasarkan hasil tanaman..menjual terus pada pengguna adalah amat berbaloi tetapi pada pengusaha berskala besar di mana pengeluaran boleh mencecah lebih seratus kilo sekali tuaian perkara ini mungkin tidak dapat dilakukan jadi jualan secara borong terpaksa menjadi pilihan dan terpaksa menerima harga yang di tentukan oleh pemborong namun tawar menawar masih boleh dilakukan sekiranya kita tahu harga pasaran semasa,lakukan beberapa Survey pada peringkat pasar dan pengguna dan jangan menerima bulat bulat harga yang di tetapkan pemborong.

Di harap juga agensi agensi kerajaan yang terbabit dalam sektor pertanian ini dapat melakukan sesuatu seperti menetapkan harga lantai pada hasil pertanian.. perkara ini tidak mustahil kerana Felda dan Fama telah pun mengadakan perjanjian di mana kedua dua agensi ini bersetuju untuk menetapkan harga lantai pada hasil cili untuk projek Edible Garden yang diperkenalkan oleh Felda sekarang ini.

Walaupun mungkin ada kontra pada penetapan harga lantai ini namun buat ketika ini ianya amat membantu para petani sekaligus dapat mengelakan dari petani petani terutama yang baru dari berputus asa dan hilang semangat serta keyakinan pada sektor ini.

Pada Persatuan Usahawan Fertigasi Malaysia (PUFM) yang di cadangkan penubuhannya itu dapat menjadikan perkara berkaitan harga ini satu keutamaan demi mengukuhkan sektor petanian ini sekaligus dapat menambah baikan sosio ekonomi para ahli khususnya bumiputra


salam.
Kobun manah


.

0 comments: