Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri

Kami di Kobun Manah mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri


kepada semua

Maaf Zahir dan Batin






.

Monday, August 17, 2009

Musim Baru

Kerja kerja penanaman untuk musim baru sedang di jalankan sekarang ini.Masih lagi mengekal kan benih 469 untuk tanaman kali ini kerana buah dari jenis ini lebih mendapat sambutan di pasaran.

Beberapa perubahan kami lakukan kali ini termasuk susunan antara pokok dijarakkan lagi untuk mengurangkan jangkitan penyakit antara pokok selain dari memudahkan kerja kerja penyelenggaraan dan tuaian kelak.

Media dan polibeg lama masih lagi digunakan kerana masih elok dan juga sebagai langkah penjimatan kos, apapun kedua duanya dirawat terlebih dahulu sebelum digunakan semula.

Media yang di jemur sebelum dimasukan semula kedalam polibeg



Polibeg yang telah siap di susun kedalam barisan


Anak benih 17 hari

Para menempatkan anak anak benih yang di semai, terdapat dua lagi varieti yang di semai iaitu varieti 151 dan cili kulai yang dibekalkan oleh felda ( tidak dapat di pastikan varieti nya).kedua dua varieti ini adalah untuk tujuan percubaan.



.

Sunday, August 16, 2009

Updated

Lama jugak tak updated dalam blog ni, banyak perkara yang berlaku kebelakangan ini.Pokok pokok cili dah sampai ke penghujung musim,sekarang ni tengah sibuk dengan kerja kerja untuk tanaman pokok baru.

Musim yang lalu pelbagai masalah yang timbul, serangan penyakit dan buah yang rosak.Hanya kira kira 3 tan sahaja buah yang mampu kami keluarkan untuk musim lalu.Apapun ianya menjadi satu pengalaman yang amat mengajar kami untuk lebih berhati hati dan meningkatkan lagi usaha untuk musim baru ini.

Jualan barangan dan peralatan Fertigasi agak memberangsangkan sekarang ini,cocopeat dan sekam padi mendapat permintaan yang baik dari pengguna dan pengusaha projek pertanian terutama dari penduduk Felda yang berhampiran yang mengusahakan projek Edible Garden.

Projek terbaru kami adalah penanaman kacang bendi sebanyak 3,000 pokok yang kini masih lagi dalam proses kerja kerja penyediaan tapak dan peralatan.Projek yang di cadangkan oleh tuan pengurus Felda Bukit Rokan ini akan di jalankan di satu tapak yang telah di cadang dan diberi kebenaran oleh pengurusan Felda. Terima kasih kami ucapkan kepada pengurusan Felda Bukit Rokan kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada kami untuk terus maju di dalam sektor ini..insyaallah.

Salam dari KobunManah



.

Tuesday, June 30, 2009

PUFM-lawatan ke Melaka

Mesyuarat kali ke 5 PUFM kali ini akan di adakan di Melaka pada 4 julai 2009 ini pada jam 8.00malam.Sehubungan dengan itu satu majlis perjumpaan semula untuk peserta bengkel siri ke 5 kursus Usahawan mega: Ferigasi akan di adakan.Program kali ini juga bertujuan untuk mempromosikan PUFM dan pendaftaran keahlian baru.

Program ini akan di adakan di Hotel MITC Ancasa,Melaka dan pada keesokan harinya,5 julai 2009 diadakan sesi lawatan ke ladang milik syarikat Bertam Tulen Sdn Bhd ( selaku Tuan Rumah) dan seterusnya sesi lawatan ke komplek Pertanian Sungai Udang,Melaka.

Untuk Makluman Penginapan dan makanan akan di sediakan dan sedikit bayaran akan di kenakan pada peserta yang berminat.

Untuk Maklumat Lanjut sila hubungi Pegawai Pengelola program ini:

En Zailani Zainuddin - 019 240 2498

Cik Ezzi Haizan Abu Bakar - 012 688 0523

En Mohd Khairul Niezam Abdul Aziz - 018 277 7650

En Mustafa Dolmat - 012 629 5500


.

Monday, June 15, 2009

Pasaran cili - harga jatuh

Sekarang ni pasaran untuk cili agak terjejas,harga jatuh hingga ada pengusaha yang mengeluh dan runsing akibat dari situasi ini..pelbagai alasan dan sebab yang sering didengari mengenai perkara ini..pelbagai teori dan telahan yang diperkatakan.

Ada sahabat yang memberitahu harga jatuh sehingga RM1.50 - 2.00/kg di peringkat pasar pasar borong, ianya di bawah RM3.80 iaitu kos pengeluaran untuk penjagaan sebatang pokok,pada peringkat pasar pasar kecil masih lagi boleh di jual dengan harga RM3.00 - 4.00/kg dan untuk pengguna atau runcit cili dijual dengan harga RM5.00 -6.00/kg.. beberapa tinjauan yang kami lakukan terdapat penjual di pasar pasar kecil dan kedai runcit menjual dengan harga RM 7.00 - 8.00/kg kepada pengguna.

Dalam hal ini pengusaha perlu bijak untuk memasarkan hasil tanaman..menjual terus pada pengguna adalah amat berbaloi tetapi pada pengusaha berskala besar di mana pengeluaran boleh mencecah lebih seratus kilo sekali tuaian perkara ini mungkin tidak dapat dilakukan jadi jualan secara borong terpaksa menjadi pilihan dan terpaksa menerima harga yang di tentukan oleh pemborong namun tawar menawar masih boleh dilakukan sekiranya kita tahu harga pasaran semasa,lakukan beberapa Survey pada peringkat pasar dan pengguna dan jangan menerima bulat bulat harga yang di tetapkan pemborong.

Di harap juga agensi agensi kerajaan yang terbabit dalam sektor pertanian ini dapat melakukan sesuatu seperti menetapkan harga lantai pada hasil pertanian.. perkara ini tidak mustahil kerana Felda dan Fama telah pun mengadakan perjanjian di mana kedua dua agensi ini bersetuju untuk menetapkan harga lantai pada hasil cili untuk projek Edible Garden yang diperkenalkan oleh Felda sekarang ini.

Walaupun mungkin ada kontra pada penetapan harga lantai ini namun buat ketika ini ianya amat membantu para petani sekaligus dapat mengelakan dari petani petani terutama yang baru dari berputus asa dan hilang semangat serta keyakinan pada sektor ini.

Pada Persatuan Usahawan Fertigasi Malaysia (PUFM) yang di cadangkan penubuhannya itu dapat menjadikan perkara berkaitan harga ini satu keutamaan demi mengukuhkan sektor petanian ini sekaligus dapat menambah baikan sosio ekonomi para ahli khususnya bumiputra


salam.
Kobun manah


.

Sunday, June 14, 2009

Mesyuarat PUFM

Tuan setiausaha (kiri) yang bekerja keras untuk projek ni..thanks a lots bro!

Pak Mus dari melaka..steady jer brader ni..nice person.

Putrajaya, 13 jun 2009 - Mesyuarat kali ke 4 AJK penaja hari ini telah di adakan di tempat yang sama seperti sebelum ini. Mesyuarat kali ini di pengerusikan oleh Saudara Izzudin yang menggantikan tuan pengerusi En Misri Saliman yang tidak dapat hadir.perbincangan mesyauarat masih lagi berhubung dengan Perlembagaan. Draf perlembagaan yang baru telah di siapkan dan di bacakan secara terperinci oleh Setiausaha persatuan iaitu Saudara Zailani dan draf perlembagaan ini telah di persetujui dan di tandatangani setelah semua wakil bersetuju sebulat suara.

Seterusnya adalah proses pendaftaran ROS, tuan Setiausaha telah menyatakan bahawa dokumen lengkap beserta draf perlembagaan itu akan di serahkan ke ROS dalam minggu terdekat ini.Harap semuanya akan berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

Untuk keterangan lanjut dan keahlian sila hubungi :
En Zailani Bin Zainudin
Setiausaha penaja PUFM
019 240 2498
atau email :

.





Saturday, June 13, 2009

HARVEST TIME>>

Akhirnya setelah 97 hari cili sudah sedia untuk dituai..


Harvest time!!

petikan pertama musim ini.

buruh bawah umur!!...
Si kecil yang sedia membantu

sempat posing lagi...


inilah dia.

close up.

hasil tuaian pertama.


Untuk hari pertama ini seberat 40 kilo cili merah telah di petik dan di hantar pada pelanggan yang telah membuat tempahan..alhamdulillah semoga menjadi satu permulaan yang baru pada musim ini.



.

Saturday, May 30, 2009

Mesyuarat AJK penaja PUFM kali ke 3

Siang tadi bertempat di Presint Diplomatik Putarajaya telah di adakan mesyuarat Penubuhan Persatuan usahawan Fertigasi Malaysia ( PUFM).Mesyuarat yang di hadiri oleh ahli jawatankuasa penaja seramai 8 orang telah membincangkan minit mesyuarat terdahulu dan telah mempersetujui bebrapa perkara dengan sebulat suara.

Antara yang telah di persetujui adalah Pemilihan Logo,bayaran yuran keahlian dan beberapa perkara lagi. Mesyuarat juga telah mebincangkan draf perlembagaan persatuan yang telah di bentang kan oleh Setiausaha persatuan,secara keseluruhan draf perlembagaan itu di persetujui cuma terdapat beberapa klausa yang perlu di betulkan dan juga ada yang perlu di keluarkan dari draf kerana tidak bersesuaian.Terima kasih kepada tuan setiausaha yang telah bertungkus lumus untuk menyedia dan merangka draf perlembagaan tersebut.

Beberapa program promosi untuk persatuan ini telah di jalankan dan ianya mendapat sambutan yang menggalakan dari orang ramai terutama dari kalangan pengusaha dan mereka yang terlibat dalam industri pertanian ini.

Mesyuarat hari ini telah di tangguhkan dan akan satu tarikh telah di tetapkan untuk mesyuarat akan datang iaitu pada 13 jun 2009 ini jam 9.30pagi di tempat yang sama.


.

Sunday, May 17, 2009

Masa terus berlalu - 88 hari

variati 568

variati 469













Fogging Machine

Mini fogging machine

Mesin pengasap ni telah kami gunapakai bagi tujuan meracun serangga.Tak banyak yang boleh kami komen mengenai kelebihan dan kelemahan alat ini kerana ianya masih dalam peringkat percubaan dan pemerhatian lagi dari kami.

Cuma sedikit info adalah..alat ini menggunakan gas penunu untuk membakar diesel yang telah di campur dengan racun,manakala racun yang digunakan adalah dari jenis asas minyak ( oil base).Dalam pemerhatian kami semburan tidak boleh di hala ke arah pokok kerana akan menyebabkan daun menjadi rosak akibat dari kepanasan pada pembakaran disel,semburan hendaklah dihala kebawah ( ruang laluan) sahaja.Dengan mengunakan asap,racun akan disebarkan lebih menyeluruh.

Secara asasnya alat ini amat memudahkan kerja kerja meracun,ringan dan menjimatkan penggunaan racun dan masa meracun.

Untuk mengesyorkan penggunaan alat ini masih belum boleh kami berikan jaminan kerana ianya masih lagi dalam peringkat ujian dan penilaian kami di Kobun Manah.

Namun terdapat beberapa orang pengusaha fertigasi telah menggunapakai alat ini.Sesiapa yang ingin berkongsi info atau maklumat mengenai penggunaan alat ini di persila dan amat amat di alukan



kobunmanah@yahoo.com


.

Sunday, May 10, 2009

PUFM

PUFM adalah singkatan dari Persatuan Usahawan Fertigasi Malaysia dimana persatuan yang di rancang penubuhanya untuk Pengusaha pengusaha Fertigasi Di Negara kita ini.
Persatuan yang masih lagi dalam proses pengubalan Perlembagaan persatuan dan beberapa proses lain lagi.
Semalam satu mesyuarat penubuhan persatuan ini telah di adakan di Putrajaya,dengan di hadiri oleh ahli jawatankuasa penaja persatuan ini seramai 13 orang termasuk Dr Mahmud dari Mardi yang di lantik selaku penasihat teknikal persatuan ini.Beberapa usul dan cadangan telah di bentangkan dalam mesyuarat semalam antaranya logo persatuan, perlembagaan,undang undang dan syarat dan beberapa rangka kerja.
Antara matlamat penubuhan persatuan ini adalah bertujuan untuk menyatukan semua usahawan Fertigasi di negara ini di bawah satu bumbung.Saya tidak boleh lagi untuk memberi keseluruhan butirnya lagi kerana ianya masih dalam peringkat perbincangan dan perangkaan.
Insyaallah hasrat untuk mewujudkan persatuan ini akan di relisasikan pada awal bulan 6 ini setelah semua perkara dan syarat selesai di laksanakan.

Mesyuarat pada tengahari semalam telah di tangguhkan dan mesyuarat ahli jawatankuasa seterusnya akan di adakan pada 22 may ini di tempat yang sama.

.

Tuesday, May 5, 2009

Harga Jatuh

Sejak beberapa hari ini,harga jualan untuk cili jatuh,perkara ini amat amat membimbangkan kepada semua chili growers kat negara kita ini.Kami juga terpaksa menerima tempias akan perkara ini.
Beberapa tinjauan yang di lakukan oleh pihak FAMA di beberapa pasar borong di sekitar KL,Negeri Sembilan dan Melaka mendapati bukan sahaja harga cili yang terjejas tetapi juga terhadap sayuran lain.
Ada Pendapat mengatakan bahawa lambakan cili dari negara negara jiran yang boleh di dapati dengan harga yang murah serta AP import produk pertanian yang di keluarkan oleh kerajaan sedikit sebanyak menyumbang kepada faktor harga yang merudum ini.
Namun dari khabar seorang sahabat dari FAMA mengatakan bahawa penurunan harga ini hanya bersifat sementara...harap harap betul lah.

Pada Adiey..thanks for your info.

Wednesday, April 29, 2009

67 Hari

Sedar tak sedar dah 67 hari usia pokok pokok cili kami.Ada di antaranya yang telah mengeluarkan buah terutama variati 469.

Variati 469 lebih awal mengeluarkan buah. Ini bertepatan dengan pendapat dari seorang pakar Fertigasi dari MARDI yang menyatakan bahawa variati 469 akan mengeluarkan hasil sebulan lebih awal dari variati 568.

alhamdulillah

469


Walau bagaimana pun kuantiti buah untuk setiap pokok belum mencapai tahap yang kami inginkan. Mungkin ini adalah disebabkan faktor baja yang sedikit cair kami bekalkan untuk pokok (tujuan nak berjimat) dan hujan yang kerap pada bulan Mac dan April itu hari juga adalah salah satu faktor di mana air hujan telah meneutralkan kandungan nutrien dan tidak dapat dibekalkan kepada pokok. Ini akan menyebabkan pokok tidak dapat menghasilkan buah yang lebat. Kepekatan baja yang sesuai dan ditentukan bacaannya dengan menggunakan EC meter amat penting. Ini kerana ia akan mempengaruhi kuantiti yang dikeluarkan oleh setiap pokok. Pokok yang sihat dan subur berupaya menghasilkan 3-4 kg buah cili semusim.




Insyaallah dalam masa 2 minggu lagi Kobun Manah sudah boleh mengeluarkan hasil yang pertama....

Wednesday, April 22, 2009

Bengkel Usahawan Tani Fertigasi

Bengkel ini berlangsung pada 17,18 & 19 April yang lalu di Agriculture Bank Development Institute (ABADI), Bangi. Bengkel yang dianjurkan oleh AgroBank dengan kerjasama Utusan Malaysia dam May Consultant mengupas setiap persoalan mengenai teknologi Fertigasi di Malaysia terutama pertanian di tanah rendah.

Setiap peserta diajar bagaimana mengusahakan pertanaian secara Fertigasi, mengenal teknologi terbaru, amalan kerja yang betul dan permasalahan-permasalahan dalam tekonlogi ini.

Peserta juga diajar dengan rancangan perniagaan dan rancangan pemasaran. Selain itu peserta didedahkan dengan latihan amali di kebun pertanian Fertigasi. Peserta dibawa melawat ke salah satu kebun contoh/berjaya di Sijankang, Klang.

Pada pandangan saya, bengkel ini secara keseluruhanya amat berguna dan dapat memberi menafaat kepada peserta terutama bagi mereka yang telah dan akan mengusahakan tanaman secara Fertigasi ini.

Thursday, April 16, 2009

Banjir

13/3/2009 - Hujan lebat dan disambung pula dengan renyai selama dua hari mengakibat banjir berlaku di kampung dan yang lebih membimbangkan adalah kedudukan lokasi Kobun Manah yang begitu hampir dengan kawasan yang banjir. Banjir terjadi apabila sungai yang cuma sejauh 50 meter dari Kobun Manah melimpah kerana saiz pembetung air yang merentasi jalanraya tidak dapat menampung kapasiti air yang banyak.

Melimpah.
Air sungai melimpah ke jalanraya, jalan tidak boleh digunakan kerana air dalam dan deras.

Traffic jam!!
Jalan utama kampung.....air mula surut di sebelah petang.

Time ni kami mula resah,air semakin menghampiri kobun.
Nasib agak baik kerana air cuma sampai setakat tepi pagar.
Alhamdulillah...hujan berhenti tengahari tu.

Sikit jer lagi...
Longkang di keliling kebun dan tebing pada pagar yang agak tinggi menyelamatkan keadaan kerana dapat menghalang air dari masuk ke kebun. Sebelum ini kawasan ini memang rendah dan berlekuk. Semasa kerja-kerja tanah dijalankan, kami telah menambak bahagian ini dan meninggikan sedikit tebing pagar. Kami juga membersihkan serta menyelenggara semula longkang sedia ada.


Bertakung..
Air bertakung di kawasan rendah, nasib baik anak pokok belum dipindahkan ke dalam polybag. Sebelum hujan kami cuma sempat untuk memindahkan sebahagian sahaja anak pokok.
Silvershine yang menakung air ditebuk dengan lubang kecil untuk mempercepatkan air di serap ke tanah.


Alhamdulillah.... Kobun Manah selamat dalam kejadian banjir ni. Tiada sebarang kerosakan yang berlaku. Namun tindakan dan langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelakkan sebarang kerosakan yang boleh merugikan sekiranya berlaku lagi kejadian yang sama.

Kami difahamkan ramai pengusaha tanaman terbabit dalam kejadian banjir di beberapa tempat sekitar N.sembilan ini. Ada juga di antara mereka hanya menunggu masa untuk memungut hasil. Mereka terpaksa menanggung kerugian akibat dari bencana alam ini dan bagi kami di Kobun Manah teramat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana terselamat.

Wednesday, April 15, 2009

Pindah Anak Pokok

Dah "Cukup Bulan" !!..
Anak pokok berumur 23 hari, tumbuh 6 helai daun, sudah sedia untuk dipindahkan ke dalam polybag.
Terdapat pelbagai pendapat mengenai tempoh pindah anak pokok ini. Dari pengalaman beberapa orang pengusaha berjaya yang saya temui, ada yang mengatakan tempoh peralihan adalah dalam jangkamasa 25 hingga ke 30 hari, ada juga mengatakan anak pokok boleh dipindah dalam tempoh 3 minggu, ini berdasarkan pengalaman mereka yang terbabit dalam pertanian Fertigasi ini.
Pada pemerhatian kami tempoh pemindahan ini bergantung pada variati benih yang digunakan dan cara penjagaanya dilakukan. Dalam 2 variati yang digunakan, kami dapati variati 469 lebih cepat pertumbuhannya berbanding variati 568. Perbezaan tahap tumbesaran kedua-dua variati ini amat ketara.


Tranformasi
Kerja mengeluarkan anak pokok dari seeding tray perlu dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan akar pokok terputus. Kecederaan pada akar boleh mengakibatkan renjatan pada tumbesaran pokok dan juga boleh menyebabkan anak pokok mati.
Anak pokok dikeluarkan dari seeding tray dengan cara memicit bahagian bawah tray tersebut dan menarik anak pokok keluar secara perlahan2.

Bismillahirohmanirohim...."Ya Allah berkatilah usaha kami".

Anak pokok ditanam ke dalam polybag. Digalakkan media dibilas dengan air dan semburan larutan anti kulat diberi 2-3 hari sebelum pemindahan dilakukan.

Moga hidup subur..

Talian hayat !!

Microtube dan dripper dicucuk ke dalam polybag untuk proses penitisan nutrien dan air pada akar pokok. Elakkan dari mencucuk dripper terlalu rapat dengan pangkal pokok kerana ia boleh mencederakan akar dan juga merebahkan anak pokok. Jarak yang disyorkan ialah antara 1-2 inci dari pangkal .

Pemasangan Pam dan Tangki

Penyambungan paip ke tangki
Polypipe saiz: 50mm

Serius !!
Ikek kotat-kotat yo bang..

Memasang Disk Filter : saiz 40/50mm
Disk filter digunakan bertujuan untuk menapis segala kekotoran, habuk dan garam yang terbentuk dari larutan campuran baja dari mengalir ke dalam saliran yang boleh menyebabkan dripper tersumbat.

Meeting dulu!

Siap!..
Tangki dan pam untuk sistem saliran.
Tangki :600 gallon
Pam : 2 hp

Wednesday, April 8, 2009

Pemasangan sistem pengairan


Menebuk lubang menggunakan Effective Puncher


Polypipe 16 mm yang telah di tebuk



Memasang Micro tube


Memasukan Dripper kedalam Polybag



lengkap


Penyambungan Polypipe 16mm dengan
Polypipe 50mm menggunakan off take valve