Sunday, April 5, 2009

Pengisian Media

Sistem fertigasi adalah satu sistem di mana media yang digunakan adalah media bukan tanah (soiless) kebanyakan pengusaha fertigasi di Malaysia menggunakan 100% Cocopeat (sabut kelapa proses) atau 100% sekam padi atau campuran kedua-duanya, ini kerana kedua media ini selain dari mudah didapati ianya juga melibatkan kos yang murah.

Di Kobun Manah kami menggunakan campuran antara cocopeat dan sekam bakar sebagai Media asas. nisbah yang di gunakan adalah 3:1 dan polybag yang kami digunakan adalah bersaiz 16"x16" berwarna putih.

Cocopeat dan Sekam padi di gaul

Mengisi media ke dalam Polybag


polybag yang telah siap diisi dengan media

Polybag yang telah siap diisi media disusun ke dalam barisan.


Pemasangan Silvershine

Silvershine yang telah siap dipasang


Pemasangan silvershine siap dilakukan dalam 2 hari.. sekali lagi kesabaran teruji di mana kilauan silvershine itu di tambah dengan cahaya matahari membuatkan kerja kerja pemasangan ini sedikit mencabar dan memenatkan.. kerja kerja pemasangan hari pertama ini terpaksa dihentikan kerana hujan pada sebelah petangnya.

Hari ke 2.. hari ini kerja kerja pemasangan menjadi lebih mencabar kerana keadaan tanah yang lembik akibat hujan petang semalam.. namun berjaya jugak disiapkan.

Sebanyak 10 roll silvershine telah digunakan.. masih lagi belum mencukupi untuk keseluruhan kawasan ini.. namun ini pun sudah mencukupi untuk step pertama ini untuk menampung sebanyak 3000 pokok selebihnya akan dipasang untuk plot kedua nanti.

Antara kelebihan memasang silvershine atau lapisan penutup bumi adalah untuk mengelak rumput dan rumpai tumbuh ini akan mengurang tenaga kerja bagi kerja kerja merumput secara tak lansung dapat menjimatkan kos meracun rumpai. selain itu permukaan silvershine yang berkilat dapat memantulkan cahaya matahari ke bahagian bawah daun bagi proses fotosintesis.

Seterusnya adalah mengisi media dan menyusun polybag yang telah diisi media disusun ke dalam barisan.

Thursday, April 2, 2009

Tapak projek

kawasan yang telah diterangkan


Tapak yang tidak rata,berbukit dan berlekuk


Bukit yang telah diratakan


Siap diratakan sepenuhnya

Wednesday, April 1, 2009

Penyediaan Tapak

Tapak yang digunakan sekarang adalah lot tanah rezab Felda, dahulu telah diusahakan oleh orang lain untuk tanaman kontan, tapi tidak menjadi kerana tanah tersebut adalah dari jenis tanah kapur, sukar untuk tanaman hidup jika tidak dirawat terlebih dahulu

Peringkat awal adalah mengenal pasti kawasan yang hendak dijadikan tapak, setelah mengenal pasti kawasan yang baik (berdekatan dengan sumber air dan elektrik) maka perbincangan dilakukan dengan pengusaha sebelumnya diikuti dengan permohonan serta pertemuan dengan Pengurusan Felda.. alhamdulillah kami mendapat kebenaran untuk mengusahakan tanah tersebut, malahan pengurusan Felda tempat kami amat menggalakan dan memberi sepenuh sokongan atas projek ini.. kebetulan Felda sekarang sedang giat mempromosikan Edible Garden di seluruh Felda.

Setelah persetujuan dicapai, kerja-kerja penyediaan dan meratakan tapak dilakukan, struktur bentuk asal tanah yang sedikit berbukit, berlekuk dan tidak rata menyebabkan kami terpaksa mengeluarkan lebih perbelanjaan untuk menyewa Backhoe untuk merubah struktur bentuk kawasan ini.. 4 hari diperlukan untuk kerja kerja memotong bukit, mengambus dan meratakan tanah.

Sistem Fertigasi sebaiknya dilakukan di atas tapak yang rata. antara kelebihanya yang kami temui adalah:

1. Tekanan untuk pengairan lebih stabil
2. Memudahkan pemasangan Silvershine
3. Mudah untuk penyusunan Polybag
4. Memudahkan kerja kerja penyelenggaraan.

Seterusnya adalah kerja kerja pemasangan pagar, pagar dawai yang sedia ada diperbaiki semula,untuk menjimatkan kos, kami hanya menggunakan Blackshade dan kayu hutan untuk di jadikan pagar (ok la..jimat giler) lagipun di keliling kawasan telah digali dengan longkang sebelum ini oleh pengurusan Felda,ini dapat mengelakan haiwan dari mencerobohi kawasan.

Tapak kawasan siap sepenuhnya pada 28/1/2009.