Monday, April 6, 2009

Sistem Pengairan

Pengairan adalah aspek terpenting didalam sistem Fertigasi di mana pembajaan untuk pokok dibekalkan melalui sistem pengairan,sistem pengairan yang baik boleh mempengaruhi pertumbuhan pokok dan dapat menghasilkan hasil yang bermutu.

Pengairan bagi sistem Fertigasi adalah melalui kaedah titisan yang terus ke pokok dan di serap oleh akar pokok,antara komponen untuk sistem pengairan ini adalah :

1. Tangki Penyimpanan air dan Nutrien
2. Pam air elektrik
3. Timer
4. Polypipe 50mm & 16mm
5. Tiub mikro
6. Pen penitis
Sumber Air:
Air merupakan medium asas dalam tiap tiap pertanian,air memainkan peranan tang amat penting.Pelbagai sumber air boleh di dapati dan di gunakan,antaranya adalah:
1.Air paip - akan melibatkan kos bil yang tinggi
2.Air sungai - Risiko pencemaran air adalah berkemungkinan
3.Air Perigi
4. Air Telaga tiub - melibat kos yang tinggi hanya untuk sekali.

Untuk sistem Fertigasi air perlu di tentukan kadar P.H nya,kadar P.H yang tidak mencukupi atau terlalu tinggi akan mengakibatkan akar pokok tidak dapat menyerap nutrien yang di bekalkan,ini akan mengakibatkan berlakunya pembaziran pada pembajaan.kadar kandungan P.H yang terbaik adalah PH6 -Ph7, Cuka dan tawas boleh di gunakan untuk mengurangkan kadar bacaan P.H, juga boleh di dapati di kedai kedai pertanian elemen P.H down atau P.H up,ini lebih memudahkan kerja.

Kami di Kobun Manah menggunakan sumber air dari telaga tiub yang kami usahakan sendiri,permulaanya kami hampir putus asa kerana beberapa tempat yang di tebuk tidak menghasilkan tekanan air yang kami kehendaki..namun alhamdulillah akhirnya kami temui satu tempat yang menghasilkan tekanan air yang di perlukan.

Pemasangan sistem pengairan mula kami lakukan pada permulaan semaian benih dan selepas penyusunan polybag kedalam barisan,jarak masa yang selesa membuatkan kami tidak tergesa gesa untuk menyiapkan sistem pengairan.Kerja kerja pemasangan adalah seperti memasang rubber gromet dan off take valve pada polypipe 50mm untuk disambung dengan polypipe 16mm,seterusnya adalah pemasangan tiub mikro dan dripper.

Pemasangan dripper atau penitis dan tiub mikro boleh dilakukan pada terluang di waktu malam,kerja yang dijangkakan nampak senang sebenar nya sukar jugak,untuk memudah kerja sediakan air panas dan rendam hujung tiub mikro,ini akan menyebabkan tiub mikro menjadi kembang sedikit dan memudahkan kerja kerja memasukkan pen dripper dan nipple.

Seterusnya adalah memasang aksesori paip dan pam air elektrik kepada tangki penyetoran air dan baja.untuk penapis kami menggunakan disk filter bersaiz 40mm yang di sambung pada paip 50mm,disk filter bertindak sebagai penapis sebelum air di alirkan ke paip mikro dan pokok.penapis amat di perlukan untuk mengelak dripper dari tersumbat dan menyebabkan air dan baja tidak dapat di salurkan ke pokok.

Setiap pokok memerlukan 2 hingga 3 liter air setiap hari,untuk itu ujian pengairan harus di lakukan terlebih dahulu untuk menentukan tempoh dan kekerapan air yang hendak di perlukan setiap hari.Ujian ini boleh di lakukan dengan meletakkan botol air mineral secara random dalam tiap barisan.




Tumbesaran anak pokok

Anak anak pokok diletakkan di atas para dalam rumah semaian

Varieti hybrid 469 - 10 hari

Varieti hybrid 568 - 10 hari

568 - 18 hari -pendek dan tegap

469 - 18 hari - batang lebih tinggi dan sedikit meliuk


23 hari - 6 helai daun, siap sedia untuk diubah ke dalam polybag

Sunday, April 5, 2009

Semaian ( gambar)


Peat moss diisi ke dalam tray (2kg peatmoss utk 1 tray)

Biji benih disemai kedalam tray (ni kene sabar nak buatnya)

Benih dei benamkan lebih kurang 1/2 inci ke dalam



Semaian Benih

Semaian benih telah dilakukan pada 19/3/2009. Terdapat 2 jenis varieti yang kami semai iaitu hybrid 568 dan hybrid 469, ini adalah bagi tujuan R&D kami dalam mengenal jenis jenis varieti pokok dan petumbuhannya.

Proses semaian dimulakan dengan merendam biji biji benih ke dalam campuran larutan Atonik(penggalak percambahan biji benih) dan Previciuer N (anti kulat) dan dibiarkan semalaman. Seterusnya biji biji benih tersebut ditoskan keesokan harinya dan dikeringkan dengan memasukan biji biji tersebut ke dalam kertas (surat khabar pun boleh di gunakan).

Sementara itu tray semaian diisikan dengan peatmoss ( tanah semaian), tips:pilih peatmoss yang mempunyai kadar kelembaban yang tinggi.

Biji biji benih kemudiannya disemai pada tray pada tiap lubang dengan satu biji benih. setelah habis, tray yang berisi biji benih dimasukkan kedalam plastik hitam (plastik sampah pun boleh) dan disimpan selama lima hari. sepanjang waktu itu benih mesti dibasahkan dengan air setiap hari (gunakan spray).

Selepas lima hari benih benih tersebut dikeluarkan dari plastik dan disimpan di dalam rumah semaian dan disiram setiap hari. Benih cili mengambil masa lebih kurang 25 hingga 30 hari sebelum dipindahkan ke dalam polybag.

Dalam pemerhatian kami, benih dari varieti 568 lebih cepat pecah tunas berbanding dengan 469, namun kadar tumbesaran 469 lebih cepat berbanding dengan 568 selepas pecah tunas. anak pokok 469 lebih tinggi dan meliuk sedikit daripada 568 yang pendek sedikit dan lebih tegap.

Benih benih di dalam tray perlu direndam dengan larutan nutrien (celup bahagian bawah tray) setiap hari selepas 1 minggu, ini kerana kandungan nutrien di dalam peatmoss akan berkurangan selepas tempoh itu.

Perancangan yang betul harus dibuat bagi memastikan anak-anak pokok dapat dialihkan mengikut tempohnya.. ini bermakna benih disemai setelah kerja kerja tapak telah siap dilakukan.. kelewatan mengalihkan anak pokok akan menyebabkan pertumbuhan pokok menjadi terencat. sementara menanti anak benih tumbuh kerja kerja menyusun polybag ke dalam barisan boleh dilakukan, begitu juga dengan pemasangan sistem pengairan. perancangan yang sempurna boleh memudahkan kerja dan tidak terlalu tergesa gesa.