Tuesday, January 19, 2010

Musim Kedua yang pendek

Lama tak up date blog ini..kebelakangan ini masa agak terhad.

Terkini Kobun Manah telah pun memasuki Musim ketiga..semua persiapan telah pun hampir selesai.mengikut perkiraan pertengahan Febuari ini anak pokok akan di tranplant ke polybag.

Musim kedua lalu nasib agak tidak menyebelahi kami dimana kami hanya berkesempatan untuk mengutip hasil hanya sekali kerana jangka hayat tanaman terpaksa di pendek kan akibat serangan penyakit yang agak kronik,ianya memaksa kami untuk membuang semua pokok dan membuat penanaman semula.

Serangan White Fly yang banyak mengakibat hampir keseluruhan tanaman di serang dan dijangkiti penyakit,treatment yang di buat tidak mampu untuk memulih semula pokok pokok.selain dari serangan white fly faktor cuaca yang mana hujan hampir setiap hari hujung tahun lalu juga mempengaruhi situasi ini.

lebih malang lagi ketika itu harga pasaran untuk cili melambung naik dan kami terpaksa berputih mata dan menanggung kerugian untuk musim kedua ini.

Apa pun semua itu tidak menjejaskan semangat kami untuk terus berusaha dan mengajar kami untk sentiasa lebih peka terhadap serangan penyakit pada musim ketiga ini.

Alhamdulillah juga dalam masa yang sama kami di beri kepercayaan oleh pengusaha pengusaha yang baru untuk kerja kerja membekal peralatan dan pemasangan sistem fertigasi..antara projek yang di perolehi seperti

1. pemasangan sistem fertigasi bagi tanaman cili sebanyak 3,000 pokok di Felda Bukit Rokan Barat

2.pemasangan sistem pengairan bagi tanamn cili sebanyak 100 pokok untuk halaman rumah di Felda Kepis

3.pemasangan sistem Fertigasi untuk Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan

4.pemasangan sistem pengairan untuk tanaman kacang Bendi sebanyak 1,000 pokok di Kawasan pejabat Felda Bukit Rokan.

Selain itu Jualan untuk barangan dan peralatan Fertigasi juga berjalan dengan baik..permintaan untuk Cocopeat amat memberangsangkan,hampir 4000 guni berjaya dijual setakat ini.
Barangan seperti baja,dripper,poly pipe,microtube dan beberapa barangan lain juga mendapat permintaan yang baik juga..kebanyakan nya dari Felda Felda..alhamdulillah sekurang kurang nya dapat Cover untuk hasil cili yang tidak menjadi pada musim kedua yang lalu.

Kobun Ahmad iaitu tanaman fertigasi untuk Cili padi sebanyak 900 pokok yang ditanam di belakang rumah pusaka kami juga memberi hasil yang memuaskan..plot percubaan sebanyak 500 pokok kini memasuki musim kedua dan plot tambahan sebanyak 400 pokok sedang giat berbuah dan boleh dituai dalam masa seminggu dua lagi.

Insyaallah.

.

Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri

Kami di Kobun Manah mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri


kepada semua

Maaf Zahir dan Batin






.

Monday, August 17, 2009

Musim Baru

Kerja kerja penanaman untuk musim baru sedang di jalankan sekarang ini.Masih lagi mengekal kan benih 469 untuk tanaman kali ini kerana buah dari jenis ini lebih mendapat sambutan di pasaran.

Beberapa perubahan kami lakukan kali ini termasuk susunan antara pokok dijarakkan lagi untuk mengurangkan jangkitan penyakit antara pokok selain dari memudahkan kerja kerja penyelenggaraan dan tuaian kelak.

Media dan polibeg lama masih lagi digunakan kerana masih elok dan juga sebagai langkah penjimatan kos, apapun kedua duanya dirawat terlebih dahulu sebelum digunakan semula.

Media yang di jemur sebelum dimasukan semula kedalam polibeg



Polibeg yang telah siap di susun kedalam barisan


Anak benih 17 hari

Para menempatkan anak anak benih yang di semai, terdapat dua lagi varieti yang di semai iaitu varieti 151 dan cili kulai yang dibekalkan oleh felda ( tidak dapat di pastikan varieti nya).kedua dua varieti ini adalah untuk tujuan percubaan.



.

Sunday, August 16, 2009

Updated

Lama jugak tak updated dalam blog ni, banyak perkara yang berlaku kebelakangan ini.Pokok pokok cili dah sampai ke penghujung musim,sekarang ni tengah sibuk dengan kerja kerja untuk tanaman pokok baru.

Musim yang lalu pelbagai masalah yang timbul, serangan penyakit dan buah yang rosak.Hanya kira kira 3 tan sahaja buah yang mampu kami keluarkan untuk musim lalu.Apapun ianya menjadi satu pengalaman yang amat mengajar kami untuk lebih berhati hati dan meningkatkan lagi usaha untuk musim baru ini.

Jualan barangan dan peralatan Fertigasi agak memberangsangkan sekarang ini,cocopeat dan sekam padi mendapat permintaan yang baik dari pengguna dan pengusaha projek pertanian terutama dari penduduk Felda yang berhampiran yang mengusahakan projek Edible Garden.

Projek terbaru kami adalah penanaman kacang bendi sebanyak 3,000 pokok yang kini masih lagi dalam proses kerja kerja penyediaan tapak dan peralatan.Projek yang di cadangkan oleh tuan pengurus Felda Bukit Rokan ini akan di jalankan di satu tapak yang telah di cadang dan diberi kebenaran oleh pengurusan Felda. Terima kasih kami ucapkan kepada pengurusan Felda Bukit Rokan kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada kami untuk terus maju di dalam sektor ini..insyaallah.

Salam dari KobunManah



.